Friday 24 December 2021

  Artikel rujukan (Reference article) : 1 Dis, 2021 14:49

Antibodi meneutralkan semua varian COVID ditemui, dakwa saintis CHINA

Para saintis CHINA mendakwa telah mengasingkan antibodi yang boleh meneutralkan semua jenis COVID-19 dengan berkesan, merujuk kedua-dua eksperimen makmal dan yang dilakukan pada organisma hidup.

(FILE PHOTO) © REUTERS/Bernadett Szabo

Dalam kajian yang diterbitkan pada hari Selasa, saintis CHINA dari pelbagai institusi, termasuk Universiti Sun Yat-sen di Guangzhou dan Universiti Zhejiang di Hangzhou, mencadangkan bahawa mereka mungkin mempunyai ubat penawar kepada pandemik COVID-19.

Penulis mendakwa bahawa antibodi monoklonal 35B5 telah ditunjukkan dalam kedua-dua kajian in vitro (makmal atau tabung uji) dan in vivo (dilakukan pada organisma hidup) untuk meneutralkan COVID-19 jenis liar (tanpa mutasi) serta varian yang membimbangkan (VOC). Ujian in vivo telah dijalankan ke atas tikus yang dimanusiakan.

Para saintis menyatakan bahawa antibodi itu juga berfungsi pada varian Delta yang sangat bermutasi, yang bertanggungjawab terhadap gelombang jangkitan maut di seluruh dunia sejak ia pertama kali muncul di India awal tahun ini.

“35B5 meneutralkan SARS-CoV-2 [Covid-19] dengan menyasarkan epitope unik [sebahagian daripada molekul antigen yang mana antibodi melekat pada dirinya] yang mengelakkan tapak mutasi yang berlaku,” jelas kajian itu. 

Dalam erti kata lain, 35B5 menyasarkan bahagian unik virus yang tidak berubah semasa proses mutasi.

Dengan menyasarkan sebahagian daripada virus yang tidak terjejas oleh mutasi yang dikenal pasti dalam VOC yang beredar, antibodi 35B5 menunjukkan kapasiti untuk "keberkesanan peneutralan pan" merentas pelbagai strain.

Penemuan ini, menurut para saintis, boleh "dieksploitasi untuk reka bentuk rasional vaksin SARS-CoV-2 [COVID-19] sejagat."

Bahagian antigen yang disasarkan oleh antibodi 35B5 juga terdapat dalam varian Omicron, kata para penyelidik.

Penyelidikan itu boleh membuktikan sangat berharga di tengah² penyebaran Omicron, yang sangat bermutasi. 

Pemimpin dan saintis di seluruh dunia bimbang virus mutan boleh mengelak imuniti yang disebabkan oleh vaksin dan imuniti yang diperoleh daripada jangkitan sebelumnya.

BACA LEBIH LANJUT - Ketua EU : Masa untuk 'berfikir tentang vaksinasi mandatori' https://on.rt.com/bm3p

penterjemah (translator) :

FB Johnny ADAM @adamhamden

Sumber shahih (berita berlesen) 

catatan harian oleh Berita RT, RUSIA Hari INI :

Antibody neutralizing all Covid variants found, Chinese scientists claim https://on.rt.com/bm4e

No comments:

Post a Comment

LinkWithin